Monday 21 December 2015

AKTIVITI 2014: BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH TUARAN





CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN MALANGANG BARU

MATLAMAT SEKOLAH KEBANGSAAN MALANGANG BARU

•Mengangkat pencapaian  kurikulum  dan kokurikulum setanding dengan sekolah-sekolah lain dalam daerah Tuaran khasnya sebagai sekolah yang cemerlang.

•Membina  satu  pengurusan yang cekap menyeluruh secara profesional dengan penyertaan semua pihak  ke arah mencapai visi dan misi sekolah.

•Meningkatkan prestasi pencapaian UPSR dan berupaya menghasilkan keputusan cemerlang untuk murid bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

•Melahirkan modal insan yang sejajar dengan enam aspirasi murid dalam PPPM 2013 – 2025 dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Prinsip Rukun Negara. 

OBJEKTIF SK MALANGANG BARU


•Mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR.

•Memastikan kejayaan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah menepati Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).

•Membasmi buta huruf dan buta nombor di sekolah melalui sistem pengajaran dan pembelajaran berkualiti, sistematik dan berkesan.

•Melahirkan murid berperibadi mulia dan mampu menyumbang ke arah tuntutan alaf baru.

•Memastikan wujud iklim dan budaya sekolah yang selamat, sihat, bersih, selesa, harmoni dan bermuafakat.

•Mewujudkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan guru dan anggota kumpulan pelaksana.


•Mengeratkan hubungan kerjasama dengan ibu bapa, komuniti, pemimpin masyarakat dan sektor awam. 

JAWATAN KUASA KECEMERLANGAN UPSR SK MALANGANG BARU 2014

STAF SK. MALANGANG BARU TUARAN 2015

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT PERSATUAN



1.      Bertanggungjawab menasihati, membimbing dan mengawal susunan dan perjalanan persatuan supaya benar-benar teratur dan bergerak.

2.      Bertanggungjawab sebagai penggerak kepada peraturan-peraturan berkenaan bagi melaksanakan kegiatan-kegiatan yang berfaedah kepada ahli-ahli seperti:
a.    menganjur/menyertai peraduan-peraduan.
b.    mengadakan kursus-kursus bimbingan dalam bidang yang sesuai.
c.    menganjurkan ceramah, seminar, forum.
d.    mengadakan lawatan sambil belajar.
e.    kegiatan-kegiatan lain.

3.        Membimbing ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli persatuan dalam memahami peraturan-peraturan persatuan.

4.        Menggiatkan lagi kecenderungan murid-murid dalam bidang pelajaran.


5.        Menentukan rancangan kegiatan tahunan dibuat dan disampaikan kepada Guru Besar pada awal penggal persekolahan yang pertama tiap-tiap tahun.

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS).

A.   Menyediakan peraturan:

a.    mengurus perlantikan pengawas perpustakaan.

b.    menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan.

c.    memastikan peraturan ini difahami dan dipatuhi oleh semua murid.

d.    melatih pustakawan-perpustakawan yang baru dilantik supaya mahir dengan peraturan dan keadaan di perpustakaan.

B.   Membuat Anggaran Perbelanjaan:

a.    menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.

b.    menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan.

c.    mengagihkan pembelian buku mengikut peruntukan yang ada, sama ada dari wang kerajaan (KWK) atau sumbangan wang awam (SUWA).


C.   Membuat Pesanan Buku:

a.    menyediakan senarai nama buku dan alatan peprpustakaan yang hendak dibeli.

b.    membuat pesanan buku-buku melalui Guru Besar.

c.    memeriksa buku-buku yang dibekalkan oleh pembekal untuk menentukan cukup bilangannya dan baik keadaannya.
d.    mengkelaskan buku-buku mengikut pengkelasan Perpuluhan Dewey.

e.    Memasukkan kenyataan mengenai buku-buku ke dalam stok.

f.     Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran dan guru-guru lain dalam memilih buku dan majalah-majalah.

D.  Memproses Buku:

a.    menyediakan “slid kerja” iaitu mencatatkan mengenai cetakan, pengarang/penerbit dan butiran berkenaan.

b.    Membuat tanda hak milik dan pengenalan pada tiap-tiap buku.

E.   Menyediakan Kad-Kad:

           Setiap buku hendaklah dilekatkan dengan:
a.    Kocek buku
b.    Kad buku
c.    Slid tulang belakang
d.    Kad katalog



F.   Galakan Penggunaan Perpustakaan

     Menyediakan aktiviti-aktiviti seperti:
a.    menganjurkan pertandingan kuiz
b.    mengadakan pameran
c.    meneka buku
d.    bercerita
e.    perbincangan mengenai buku
f.     ceramah
g.    drama ringkas
h.    seminar

G.   Rekod Penggunaan

a.    mencatatkan bilangan pengguna perpustakaan, setiap kali perputskaan dibuka.

b.    senarai peminjam buku.

c.    senarai kekerapan murid meminjam buku.

H.  Rawatan Buku

a.    membaiki buku-buku yang rosak dengan cara menjilidkannya semula.

b.    menjilidkan majalah-majalah.

c.    menentukan dan menjamin keselamatan segala harta dan perabot dalam bilik perpustakaan daripada kehilangan.

d.    menjaga atrau menjamin kebersihan bilik peprpustakaan.

e.    mengadakan fail-fail tegak.
f.     menyimpan guntingan akhbar-akhbar dan kertas soalan-soalan peperiksaan untuk rujukan.

I.   Penyemakan/Hapus kira Buku Stok

a.    buku-buku yang berkedaan yang amat buruk dipilih dan dicadangkan untuk dihapuskira.


b.    menyemak/menutup stok pada akhir tahun.

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN


 1.   Sebagai Setiausaha kepada Lembaga Disiplin Sekolah.

 2.  Merekodkan segala kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman/denda yang dikenakan ke atas murid-murid.

3.   Menjadi Penasihat kepada Lembaga Pengawas Sekolah.

4.   Membantu Guru Besar dalam menentukan supaya peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepenuhnya.

5.   Menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat diatasi oleh Lembaga Pengawas Sekolah serta merujukkannya kepada Guru Besar, jika perlu.

6.   Membantu Guru Besar dalam mengesan kesalahan-kesalahan besar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara ataupun pembuangan sekolhah. Beliau juga dikehendaki mengesahkan kesalahan-kesalahan itu.

7.   Sentiasa berhubung rapat dengan guru bimbingan dan kauseling untuk menyelesaikan masalah-masalah murid dan juga dalam membantu menyelesaikan murid-murid yang bermasalah.

8.   Sentiasa berusha untuk menanamkan semangat patuh kepada arahan-arahan sekolah di kalangan murid-murid.

9.   Bekerjasama dengan guru-guru bertugas mingguan/harian dan Lembaga Pengawas Sekolah untuk tujuan menguruskan kawalan murid-murid pada hari perhimpunan dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah.

10.  Mencadangkan perlantikan pengawas-pengawas sekolah.


11.  Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PANITIA MATA PELAJARAN

1.  Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemaskini.

2. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran / pembelajaran yang kemaskini.

3.   Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan penggal.

4. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan peperiksaan kertas-kertas jawapan.

5.  Menganalisa keptusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengakaji serta mencari jalan untuk memajukan taraf pencapaian dari masa ke semasa seprti mengadakan:

a. Kelas tambahan
b. Ceramah menjawab soalan-soalan
c. Peraduan-peraduan tertentu
d. Kuiz
e. Bahas

6. Menentukan jenis-jenis buku yang perlu ada di sekolhah untuk  perpustakaan atau rujukan guru.

         7. Memberi  kerjasama  kepada Jawatankuasa SPBT untuk menjaga keselamatan buku-buku teks yang digunakan.

8. Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk  pameran, jika diperlukan.

9.  Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan kerja bagi tiap - tiap kelas, jika diperlukan.

10.  Mengadakan tindakl balas kepada sertiap perubahan baru yang diperlukan seperti sukatan pelajaran baru, pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran baru, jika ada.

11.  Membuat anggaran-anggaran perbelanjaan tahunan untuk persertujuan pihak sekolah.

12. Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekal dan meninggikan prestasi murid-murid.

13.  Melaksanakan peraturan-peraturan panitianya.

14.  Mengadakan mesyuarat panel sekurang-kurangnya sepnggal sekali atau lebih kerap lagi, jika perlu.

 15.  Menjalankan semua arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

VISI DAN MISI SK MALANGANG BARU BERDASARKAN KPM

VISI DAN MISI SEKOLAH BERDASARKAN KPM


 VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN
TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA


MISI
MELESTARIKAN SISTEM
PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN
POTENSI INDIVIDU BAGI

MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

LAGU SEKOLAH SK MALANGAN BARU

Lagu Sekolah


ILMU TERAS KEJAYAAN

Sekolahku Tercinta
Berdiri Megah Indah Perkasa
Mendidik Putera Puteri Bangsa
Generasi Berjaya
Padamu Tersandar Harapan
Semangat Waja Capai Impian
Usaha Tekun Berwawasan
Pemimpin Masa Hadapan
 SK. Malangang Baru
Kami Bangga Jadi Wargamu
Akhlak Mulia Kekal Berpadu
Insan Berdaya Maju
Cemerlang Gemilang Terbilang
Yakin Diri Terus Berjuang 
Tempuhi Segala Rintangan
Ilmu Teras Kejayaan



(Lirik/Lagu : Achin Marudu 2013)

PELAN LANTAI SK MALANGANG BARU

DIALOG PRESTASI TRANS-Q UPSR 2015 : SK MALANGANG BARU KIULU