Monday 21 December 2015

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PANITIA MATA PELAJARAN

1.  Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemaskini.

2. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran / pembelajaran yang kemaskini.

3.   Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan penggal.

4. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan peperiksaan kertas-kertas jawapan.

5.  Menganalisa keptusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengakaji serta mencari jalan untuk memajukan taraf pencapaian dari masa ke semasa seprti mengadakan:

a. Kelas tambahan
b. Ceramah menjawab soalan-soalan
c. Peraduan-peraduan tertentu
d. Kuiz
e. Bahas

6. Menentukan jenis-jenis buku yang perlu ada di sekolhah untuk  perpustakaan atau rujukan guru.

         7. Memberi  kerjasama  kepada Jawatankuasa SPBT untuk menjaga keselamatan buku-buku teks yang digunakan.

8. Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk  pameran, jika diperlukan.

9.  Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan kerja bagi tiap - tiap kelas, jika diperlukan.

10.  Mengadakan tindakl balas kepada sertiap perubahan baru yang diperlukan seperti sukatan pelajaran baru, pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran baru, jika ada.

11.  Membuat anggaran-anggaran perbelanjaan tahunan untuk persertujuan pihak sekolah.

12. Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekal dan meninggikan prestasi murid-murid.

13.  Melaksanakan peraturan-peraturan panitianya.

14.  Mengadakan mesyuarat panel sekurang-kurangnya sepnggal sekali atau lebih kerap lagi, jika perlu.

 15.  Menjalankan semua arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment