Monday, 21 December 2015

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT PERSATUAN



1.      Bertanggungjawab menasihati, membimbing dan mengawal susunan dan perjalanan persatuan supaya benar-benar teratur dan bergerak.

2.      Bertanggungjawab sebagai penggerak kepada peraturan-peraturan berkenaan bagi melaksanakan kegiatan-kegiatan yang berfaedah kepada ahli-ahli seperti:
a.    menganjur/menyertai peraduan-peraduan.
b.    mengadakan kursus-kursus bimbingan dalam bidang yang sesuai.
c.    menganjurkan ceramah, seminar, forum.
d.    mengadakan lawatan sambil belajar.
e.    kegiatan-kegiatan lain.

3.        Membimbing ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli persatuan dalam memahami peraturan-peraturan persatuan.

4.        Menggiatkan lagi kecenderungan murid-murid dalam bidang pelajaran.


5.        Menentukan rancangan kegiatan tahunan dibuat dan disampaikan kepada Guru Besar pada awal penggal persekolahan yang pertama tiap-tiap tahun.

No comments:

Post a comment