Monday 21 December 2015

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN


 1.   Sebagai Setiausaha kepada Lembaga Disiplin Sekolah.

 2.  Merekodkan segala kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman/denda yang dikenakan ke atas murid-murid.

3.   Menjadi Penasihat kepada Lembaga Pengawas Sekolah.

4.   Membantu Guru Besar dalam menentukan supaya peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepenuhnya.

5.   Menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat diatasi oleh Lembaga Pengawas Sekolah serta merujukkannya kepada Guru Besar, jika perlu.

6.   Membantu Guru Besar dalam mengesan kesalahan-kesalahan besar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara ataupun pembuangan sekolhah. Beliau juga dikehendaki mengesahkan kesalahan-kesalahan itu.

7.   Sentiasa berhubung rapat dengan guru bimbingan dan kauseling untuk menyelesaikan masalah-masalah murid dan juga dalam membantu menyelesaikan murid-murid yang bermasalah.

8.   Sentiasa berusha untuk menanamkan semangat patuh kepada arahan-arahan sekolah di kalangan murid-murid.

9.   Bekerjasama dengan guru-guru bertugas mingguan/harian dan Lembaga Pengawas Sekolah untuk tujuan menguruskan kawalan murid-murid pada hari perhimpunan dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah.

10.  Mencadangkan perlantikan pengawas-pengawas sekolah.


11.  Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment