Wednesday 30 December 2015

AKTIVITI-AKTIVITI HAL EHWAL MURID 2016



  1. Pendaftaran dan Orientasi Tahun 1

Pendaftaran dan orentasi tahun 1 ini dijalankan sehari awal sesi persekolahan  bermula. Murid-murid  diberikan pendedahan awal tentang sekolah,peraturan disiplin dan kawasan persekitaran sekolah bagi membiasakan mereka dengan suasana persekolahan yang baru.


  1. Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah

Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan ciri-ciri kepimpinan dan motivasi kepada pengawas, ketua dan penolong ketua kelas. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan ciri-ciri dan nilai kepimpinan dalam kalangan mereka bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan.

  1. Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah

Sekolah juga menjalankan perlantikan pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah pada awal tahun sesi persekolahan pada setiap tahun. Perlantikan ini bagi memberikan perlantikan secara rasmi murid-murid yang telah dipilih menjawat jawatan-jawatan tersebut.


  1. Program Guru Penyayang

Program guru penyayang akan diadakan sekurang-kurangnya empat kali dalam setahun, iaitu sekali dalam semester pertama dan tiga        kali dalam semester kedua, ianya bertujuan untuk memberi penghargaan dan mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah supaya murid merasa dihargai semasa disekolah.

  1. Sambutan Hari Guru
Sambutan diadakan pada 16 Mei setiap tahun yang bertujuan memberi penghargaan kepada guru-guru selain memberi peluang kepada murid-murid mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar mereka.


  1. Latihan Kebakaran

Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, iaitu sekali pada semester pertama dan sekali pada semester kedua. Pihak sekolah juga memanggil Jabatan Bomba berhampiran untuk memberikan ceramah keselamatan dan teknik-teknik memadam api dengan betul.


  1. Sambutan Bulan Kemerdekaan

Pihak sekolah menjalankan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan bermula pada 1 Ogos hingga 16 September setiap tahun. Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang sambutan dijalankan seperti perasmian pengibaran Jalur Gemilang, Sambutan 31 Ogos, Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan. Selain itu, acara-acara lain yang turut dijalankan adalah seperti nyanyian lagu patriotik, pertandingan hiasan kelas bertemakan kemerdekaan, pertandingan melukis poster dan pelbagai lagi.


  1. Program Imunisasi Murid Tahun 1 dan 6

Program Iminusasi HPV Murid Tahun 6 diberikan kepada pelajar perempuan sahaja  dan Suntikan Pelalian Tetanus untuk murid Tahun 1 pada pertengahan Tahun. Kedua-dua Imunisasi ini diberi oleh klinik kesihatan yang berhampiran iaitu Klinik  Kesihatan Kiulu .

 
  1. Rawatan Pergigian

Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran dan pihak sekolah telah menyediakan satu bilik khas untuk jururawat berkenaan memberikan rawatannya. Rawatan ini diberikan sekali dalam setahun.

 
  1.   Pertandingan Kebersihan Kelas

  Pertandingan kebersihan kelas dijalankan sepanjang tahun. Kebersihan dinilai oleh pihak
  pentadbir dan kelas yang terbaik diberikan satu piala pusingan.     
  

  1.   Program Motivasi

  Program Motivasii dijalankan kalangan murid-murid Tahun 6 dan 5. Pelbagai aktiviti   
  berbentuk motivasi dan ilmiah diberikan kepada murid-murid tersebut.


  1.   Sesi Bimbingan

  Sekolah mempunyai seorang guru bimbingan. Guru bimbingan tersebut banyak
  menjalankan program bimbingan bagi membantu murid-murid terutama murid-murid
  yang bermasalah. Selain secara berkelompok, sesi bimbingan individu juga dijalankan.


  1.   PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR

  Program kesedaran alam sekitar akan diadakan oleh pihak sekolah. Progran ini diadakan  
  adalah bertujuan untuk menanamkan sikap cinta akan alam sekitar dan sikap
  bertangguangjawab terhadap kebersihan alam sekitar.  


  1.   Program Ceramah Keselamatan

  Pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak polis  bagi
  menjamin keselamatan murid-murid sekolah terjaga. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti
  ceramah keselamatan dan pameran-pameran dijalankan bagi memberikan pendedahan
  kepada murid-murid tentang keselamatan diri masing-masing.


  1.   Program bersama Klinik Kesihatan Kiulu/Tuaran

  Program ini dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti
  pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan, bantuan kecemasan dan pelbagai lagi
  dijalankan bagi memastikan murid-murid tahu cara menjaga kesihatan agar sentiasa
  sihat.


No comments:

Post a Comment