Wednesday 30 December 2015

2016: PANDUAN PENGURUSAN UNIT HAL EHWAL MURID

PENDAHULUAN 

Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka.  Atas dasar inilah, matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan, keselamatan dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada bangsa, agama dan negara.
Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya.
Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan oleh Bahagian HEM untuk mempastikan matlamat sekolah tercapai. Kerjasama yang erat antara semua guru dan murid mampu merealisasikan wawasan sekolah ini.

 MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID

  • Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid
    berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan
    dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan
    kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.


OBJEKTIF

  • Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid.
  • Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah.
  • Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan.


No comments:

Post a Comment