Wednesday, 6 January 2016

SENARAI TUGAS KO-KURIKULUM

7.0        SENARAI TUGAS
7.1               TUGAS-TUGAS AHLI MAJLIS KOKURIKULUM
7.1.1         Merancang aktiviti kokurikulum.
7.1.2         Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya  3 kali setahun.
7.1.3         Menentukan peraturan-peraturan kokurikulum sekolah.
7.1.4         Menentukan jadual dan takwim sekolah.
7.1.5         Memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh.
7.1.6         Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah / negeri / kebangsaan dan antarabangsa
7.1.7         Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum yang ditetapkan.
7.1.8         Memantau pelaksanaan unit dan merekod secara bertulis.
7.1.9         Menentukan tarikh Sukantara / Sukan Tahunan / Merentas Desa / Perkhemahan Kokurikulum dan kegiatan lain.
7.1.10      Memastikan konsep “1 Murid 1 Sukan  dilaksanakan di peringkat sekolah.
7.1.11      Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
7.1.12      Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
7.1.13      Memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang berjaya dalam bidang kokurikulum. (sijil dan cenderahati).
7.1.14      Mengurus bilik dan stok/fail-fail yang berkaitan dengan sukan.
           
7.2        TUGAS PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
         7.2.1   Menentukan objektif gerakerja kokurikulum sekolah tercapai.

          7.2.2   Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerakerja kokurikulum sekolah.

1.2.3          Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakerja kokurikulum

          7.2.4   Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum berjalan dengan lancar,
        berterusan dan berkesan.

          7.2.5   Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum.

          7.2.6   Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti
kokurikulum.
          7.2.7   Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada pelajar.

          7.2.8   Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.

          7.2.9   Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada
       setiausaha kokurikulum, penolong setiausaha kokurikulum dan penyelaras-
penyelaras unit.
           7.2.10  Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai taraf
kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.

7.3        TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM
           7.3.1   Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.

          7.3.2   Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan,
       pelaksanaan dan penilaian pelajar.

          7.3.3   Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti 
       persatuan/kelab/pasukan badan beruniform dan sukan/permainan.

          7.3.4   Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.

          7.3.5   Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.

          7.3.6   Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan
       mencukupi.

           7.3.7  Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan
       mengadakan latihan dengan mereka.

7.2         TUGAS-TUGAS SETIAUSAHA SUKAN
7.2.1         Merancang, melaksana, membantu, mengawal dan merekod (5M) segala aktiviti sukan dan permainan.
7.2.2         Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan  aktiviti   MSSD / MSSK / MSSM.
7.2.3         Membantu Pengetua mengagihkan tugas guru dalam olahraga dan  permainan.
7.2.4         Menetapkan murid dalam rumah sukan.
7.2.5         Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan  peralatan.
7.2.6         Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan (dalam & luar sekolah).
7.2.7         Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan dan  kemudahan sukan.
7.2.8         Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
7.2.9         Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan  sukan.
7.2.10      Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran rujukan dan rekod.
7.2.11      Sentiasa berbincang dengan Pengetua / Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
7.2.12      Memanggil mesyuarat Majlis Sukan Sekolah.
7.2.13      Menjaga kebajikan akademik murid-murid sukan.
7.2.14      Merekod pencapaian cemerlang murid dan pasukan sekolah dalam  rekod pencapaian sukan
7.3          TUGAS-TUGAS KETUA GURU PENASIHAT RUMAH SUKAN
7.3.1        Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru  dan  murid).
7.3.2        Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
7.3.3         Membentuk jawatankuasa rumah dalam kalangan murid yang meliputi  olahraga dan permainan.
7.3.4        Menjalankan mesyuarat rumah sukan.
7.3.5         Menentukan guru rumah sukan untuk menjadi pengadil dalam pertandingan sebagai wakil peringkat sekolah.
7.3.6         Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan / Penolong Kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.
7.3.7        Menyediakan laporan aktiviti rumah sukan untuk rekod dan edaran.
7.3.8         Melapor dan merekod pencapaian cemerlang murid kepada Setiausaha Sukan  untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.

7.4          TUGAS-TUGAS GURU PENASIHAT RUMAH SUKAN
7.4.1        Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
7.4.2         Guru dan murid wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan. Kedatangan    dicatat buku kehadiran.
7.4.3         Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara rumah sukan.
7.4.4         Menyelia dan memastikan perjalanan pertandingan berjalan seperti yang dijadualkan.
7.4.5        Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
7.4.6         Merekod kedatangan murid dan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak hadir.
7.4.7        Mengawasi semangat kesukanan dalam kalangan murid.
7.4.8         Sentiasa berbincang dengan Ketua Guru Penasihat Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan.

7.5          TUGAS-TUGAS KETUA GURU PENASIHAT KELAB SUKAN DAN PERMAINAN
7.5.1        Membentuk  jawatankuasa kelab.
7.5.2         Merancang meningkatkan pengetahuan , kemahiran dan minat  murid  dalam  permainan.
7.5.3        Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang  pakar.
7.5.4        Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
7.5.5        Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum  sekolah.
7.5.6        Menganjur perlawanan antara rumah sukan / kelas / tingkatan / sekolah.
7.5.7        Mengurus pengangkutan untuk pasukan ke pertandingan luar.
7.5.8        Mengurus surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk pertandingan luar.
7.5.9        Melapor dan merekodkan keputusan pertandingan yang disertai.
7.5.10     Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
7.5.11     Menyemai semangat kesukanan di kalangan murid.
7.5.12      Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan  baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.
7.5.13     Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan.
7.5.14      Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk  memperbaikinya.
7.5.15     Merekod nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang.
7.5.16      Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua, Penolong Kanan Kokurikulum dan Setiausaha Sukan dari semasa ke semasa.

7.6     TUGAS-TUGAS  SETIAUSAHA KELAB / PERSATUAN  DAN PASUKAN BADAN
BERUNIFORM
7.6.1         Mengatur dan menyelia perjalanan Persatuan / Kelab dan Unit Beruniform.
7.6.2         Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
7.6.3         Menyelaras semua aktiviti Kelab / Persatuan dan Pasukan Badan Beruniform.
7.6.4         Menyediakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk murid memasuki Persatuan / Kelab dan Unit Beruniform.
7.6.5         Memastikan mesyuarat agong dan minit mesyuarat direkod dan difailkan/ dibukukan.
7.6.6         Mengurus Buku Kokurikulum kepada semua guru untuk diedarkan kepada semua murid.
7.6.7         Memungut semula buku tersebut apabila selesai mengisi semua maklumat yang perlu bagi seseorang murid.
7.6.8         Mengagihkan Buku Laporan Tahunan Aktiviti Persatuan / Kelab / Unit Beruniform kepada unit-unit berkenaan.
7.6.9         Mengumpul dan menjilid Rancangan Tahunan setiap kelab / persatuan / unit beruniform
7.6.10      Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian setiap unit .







7.7     TUGAS-TUGAS GURU PENASIHAT KELAB / PERSATUAN / PASUKAN BADAN
BERUNIFORM
7.7.1         Membentuk Jawatankuasa Kelab / Persatuan / Unit Beruniform.
7.7.2         Memastikan aktiviti Kelab / Persatuan / Unit Beruniform selaras dengan objektif sekolah.
7.7.3         Memastikan adanya peraturan dan perlembagaan.
7.7.4         Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang tercatat dalam perlembagaan.
7.7.5         Merancang kegiatan tahunan dengan kerjasama murid dan menyerahkannya kepada penyelaras untuk simpanan dan rekod.
7.7.6         Memastikan kegiatan berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
7.7.7         Merancang strategi untuk peningkatan prestasi kelab / persatuan / unit beruniform.
7.7.8         Menguruskan kewangan dan peralatan persatuan / kelab / unit beruniform.
7.7.9         Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan / dibukukan.
7.7.10      Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti Hari Terbuka, Pameran  dan sebagainya.
7.7.11      Menguruskan surat-menyurat dan segala peraturan untuk kegiatan luar sekolah.
7.7.12      Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.
7.7.13      Mencadangkan nama-nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan daripada Jawatankuasa  Majlis Kokurikulum sekolah.
7.7.14      Menghadiri mesyuarat di luar sekolah sekiranya ada jemputan daripada sekolah lain.
7.7.15      Memilih ahli-ahli yang berkelayakan untuk ke pertandingan yang diadakan baik di dalam atau di luar sekolah.
7.7.16      Menguruskan urusan pengangkutan dan makan-minum murid-murid yang terpilih untuk menyertai kegiatan luar anjuran PPD, JPN dan lain-lain badan luar yang berkaitan.


No comments:

Post a Comment