Sekolah
Kebangsaan Malangang Baru yang terletak kira-kira 8 km dari Pekan Tamparuli dibina
sekitar tahun 1983. Nama asal sekolah ini ialah Native Volentary School/Sekolah
Sukarela Rakyat (N.V.S). Ketika itu bangunan sekolah dibina daripada kayu-kayu
bulat, berdindingkan bambu yang dibelah-belah, beratapkan rumbia dan
berlantaikan tanah. Bangkunya
menggunakan kayu bulat, manakala mejanya menggunakan papan panjang sahaja. Pada
awal pembukaan sekolah ini, ia hanya mempunyai 60 orang murid sahaja yang terdiri
daripada penduduk tempatan dengan tenaga pengajar hanya seorang guru sahaja
iaitu En. Rolland Gamar yang juga merupakan Guru Besar yang pertama di sekolah
ini.
Sekitar tahun 1970an, sekolah ini telah dipindahkan ke
kawasan baru iaitu tapak sekolah ini sekarang, terletak bersempadan dengan
kampung Malangang Lama, kira-kira 1 km dari bangunan sekolah lama. Bangunan
sekolah baru ini mempunyai 2 blok bangunan yang diperbuat daripada papan, dan
juga mempunyai 2 unit rumah guru. Sekolah ini juga mempunyai kemudahan bekalan
seperti bekalan elektrik, telefon dan juga air. Pelajar-pelajar sekolah ini
terdiri daripada penduduk kampung berhampiran iaitu Kg. Malangang Baru, Kg.
Malangang Lama, Kg.Tombung, Kg. Ponohuon, Kg. Tompinahaton dan Kg. Namadan.
Memadangkan lokasi sekolah terletak
di Kampung Malangang Baru Kiulu maka secara rasminnya nama sekolah telah
ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Malangang Baru Tuaran berkuatkuasa pada 8 Jun
1978 dengan perasmian bangunan sekolah oleh Yang Berhormat Toh Puan Hajjah Rahimah
Stephen, Menteri Kebajikan Masyarakat dan perpaduan Negara. Dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK 2006-2010) sebuah blok Prasekolah dan Makmal Komputer telah
dibina sebagai tambahan kepada dua blok bangunan sekolah sedia ada.