Wednesday, 6 January 2016

PENGURUSAN KO-KURIKULUM 2016

1.0        PENDAHULUAN
Kokurikulum merupakan salah satu aktiviti yang boleh meningkatkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid, membina sahsiah bersepadu dari segi psikomotor, kognitif dan afektif untuk melahirkan insan yang seimbang seperti termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti pasukan badan beruniform, kelab/persatuan serta sukan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian  daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Namun demikian, pelaksanaannya di sekolah kadangkala mengundang risiko kepada pihak pelaksana lantaran pengabaian terhadap prosedur pelaksanaan dan kecuaian atau sebagainya. Oleh hal yang demikian, rujukan terhadap manual prosedur kerja yang sempurna diharap dapat mengelakkan musibah tersebut daripada berlaku.

2.0        VISI, MISI DAN MATLAMAT KOKURIKULUM SEKOLAH
2.1          VISI KOKURIKULUM
Pendidikan Berkualiti  Insan Terdidik Negara Sejahtera.

2.2          MISI KOKURIKULUM
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi Aspirasi Negara.

2.3          TERAS KOKURIKULUM
·      Disiplin
·      Kerja berpasukan
·      Ketahanan Mental dan Fizikal

2.4          MOTO KOKURIKULUM
BADAN SIHAT, OTAK  CERDAS, HIDUP SEJAHTERA

2.5          MATLAMAT KOKURIKULUM
2.5.1      Menyeimbangkan perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan Sosial.
2.5.2      Peningkatan akademik dan disiplin murid.
2.5.3       Membimbing murid dalam aspek kepimpinan, nilai-nilai murni, kependidikan
                                 dan kemasyarakatan.
2.5.4     Membina integrasi nasional dan jati diri bangsa Malaysia.

3.0        DASAR PERLAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM
 SK. MALANGANG BARU , TUARAN

3.1          GURU / STAF AKADEMIK

3.1.1       Setiap orang guru DIWAJIBKAN menjadi penasihat kepada salah satu daripada mana-mana Persatuan Akademik atau Kelab yang ditubuhkan oleh Majlis Kokurikulum SK.MALANGANG BARU.
3.1.2       Setiap orang guru adalah DIWAJIBKAN terlibat sekurang-kurangnya menjadi penasihat kepada salah satu atau kedua-duanya dalam bidang Badan Beruniform dan / atau Sukan / Permainan termasuk Olahraga.
3.1.3       Setiap Ketua Guru Penasihat bagi Persatuan Akademik, Kelab, Badan Beruniform, Permainan atau Sukan dikehendaki mengadakan perbincangan dengan penasihat-penasihat lain bagi menyediakan sebuah buku / fail pengurusan bagi setiap unit di bawah seliaan masing-masing. Buku/fail pengurusan ini mesti mengandungi butiran berikut:
a.     Objektif dan Falsafah
b.     Misi dan Visi
c.     Logo dan Moto
d.     Sukatan / Rancangan aktiviti tahunan
e.    Carta Gantt aktiviti mingguan untuk tempoh Januari hingga Ogos.(12 kali perjumpaan bagi Kelab/Persatuan dan 18 kali  perjumpaan bagi Pasukan Badan Beruniform).
f.       Senarai Ahli Jawatankuasa Induk
g.     Senarai kehadiran penuh
h.     Rekod kehadiran aktiviti
i.       Rekod aktiviti mingguan
j.       Rekod penglibatan ahli ke aktiviti luar anjuran QIT, PPD, JPN dsbnya.
k.     Rekod pencapaian / anugerah diterima ahli (Salinan fotostat sijil).
3.1.4       Setiap guru penasihat adalah DIWAJIBKAN melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 jam seminggu di luar waktu pengajaran bagi setiap program kokurikulum yang dipertanggung-jawabkan.
3.1.5       Jadual aktiviti kokurikulum sebagaimana berikut:
3.1.6      Jadual latihan / aktiviti kokurikulum adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dengan perintah atau persetujuan Guru Besar.
3.1.7       Bagi mana-mana pasukan yang menggunakan jurulatih luar, aktiviti latihan boleh diadakan mengikut persetujuan jurulatih dengan kebenaran Guru Besar atau PK Kokurikulum.
3.1.8       Guru penasihat digalakkan mengenakan pakaian pasukan badan beruniform mengikut pasukan masing-masing pada waktu perjumpaan / aktiviti.
3.1.9       Penyediaan Sukatan Tahunan aktiviti kokurikulum mestilah menepati objektif aktiviti kokurikulum iaitu;
a.      Menggalakkan murid-murid mengambil bahagian dalam gerakerja ko-
        kurikulum untuk menjadi insan yang berketerampilan, bersahsiah, mantap
        dan berdisiplin.

b.     Menaburkan minat, melatih dan seterusnya mencungkil bakat murid-murid
  dalam bidang ko-kurikulum.

c.      Menambah semangat kekitaan dan kerjasama di kalangan murid-murid di
                                      dalam gerakerja ko-kurikulum demi faedah diri, sekolah dan masyarakat.

d.     Melatih murid-murid supaya bijak menggunakan masa lapang mereka
       dengan menyertai aktiviti ko-kurikulum yang lebih mendatangkan faedah.

3.1.10      Perancangan aktiviti kokurikulum juga hendaklah menepati matlamat pengajaran
dan pembelajaran berasaskan rasa seronok dan gembira, selamat, silaturrahim,
setiakawan dan keinsafan.
3.1.11      Aktiviti kokurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan, memanfaatkan ilmu dalam kehidupan, proses koordinasi mental dan fizikal, menjurus kepada penampilan bakat, keupayaan, minat serta penampilan watak.
3.1.12     Kegiatan kokurikulum seharusnya dapat menampilkan ciri-ciri seorang pemimpin, tanggungjawab sebagai pengelola, pegawai, pengadil dan penyokong dalam diri murid.
3.1.13     Semua dokumen dan perancangan yang telah disediakan hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum pada atau sebelum 31 Januari setiap tahun.

3.2          MURID

3.2.1          PENYERTAAN

a.      Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib.

b.      Setiap murid wajib melibatkan diri dalam ketiga-tiga unit iaitu unit beruniform,
Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan

c.      Peruntukkan masa untuk kegiatan kokurikulum Sekolah Rendah sebagaimana
 Warta Kerajaan no. 5652 Jil. 11/Bil . 27 bertarikh 28 Disember 1967 adalah
seperti berikut:

Tahun
PERUNTUKAN MASA
Tahun 5 & 6
120 minit seminggu
Tahun 3 & 4
60 minit seminggu






d.         Murid-murid secara bersama adalah bertanggungjawab atas kejayaan sesuatu
                       kelab/unit /pertubuhan yang dianggotainya.

e.       Kehadiran murid dalam kegiatan kokurikulum mestilah tepat pada masa yang
          telah ditetapkan oleh pihak sekolah melalui guru penasihat masing-masing.

f.        Murid-murid yang hadir untuk sebarang kegiatan kokurikulum dimestikan
          memakai pakaian seragam unit masing-masing.

g.      Pakaian untuk kegiatan sukan ialah baju-T sekolah dengan seluar trek berwarna
         kuning  serta berkasut sukan yang sesuai.

h.      Mana-mana murid yang tidak hadir untuk kegiatan kokurikulum unit masing-
         masing tiga kali berturut-turut tanpa sebab wajiblah memberi tunjuksebab
         kepada unit tersebut.

i.       Adalah menjadi tanggungjawab murid untuk menjaga keselamatan diri masing-
        masing  semasa menjalankan kegiatan kokurikulum.
  

4.0             DASAR SUKAN SEKOLAH

4.1          DASAR
SUKAN  SEPANJANG  TAHUN

4.2          MATLAMAT
Sukan sebagai sebahagian kokurikulum yang boleh menjadi  pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) sepanjang masa. Ia juga dapat mencapai kecergasan mental, fizikal, emosi dan sosial untuk kejayaan pembelajaran. Memupuk sifat kepimpinan dan disiplin di kalangan murid-murid.





4.3          PENGLIBATAN MURID DALAM SUKAN / PERMAINAN

4.3.1     Pemilihan dan penentuan kegiatan sukan / permainan kepada seseorang
            murid ditentukan berdasarkan kepada minatnya dan keutamaan permainan
            yang ditetapkan oleh sekolah.

4.3.2     Murid hanya dibenar melibatkan diri dalam satu jenis permainan sahaja tidak
            termasuk olahraga bagi satu penggal persekolahan.

4.3.3     Kegiatan pemainan/sukan hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sekali
            seminggu dan memakan masa tidak kurang dari 2 jam.




4.4          PENGLIBATAN PASUKAN SEKOLAH DALAM KEJOHANAN LUAR
Pasukan sekolah akan mengambil bahagian di dalam kejohanan atau pertandingan yang dianjurkan oleh badan-badan, persatuan sukan luar berdasarkan kepada kesesuaian masa, kewangan, pengurusan dan potensi pencapaian.

4.5          KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA
4.5.1         Kebenaran ibu bapa WAJIB diperolehi terlebih dahulu sebelum membawa murid ke tempat permainan kejohanan.
4.5.2      Setiausaha Sukan dan Ketua Guru Penasihat Permainan perlu memastikan borang kebenaran ini telah diserahkan oleh murid terlibat.

4.6          KEMUDAHAN / PENGURUSAN / PENGANGKUTAN
4.6.1     Penyediaan kemudahan kenderaan ke tempat-tempat pertandingan/ kejohanan hendaklah diuruskan oleh Ketua Guru Penasihat Permainan berdasarkan senarai giliran pengangkutan yang telah ditetapkan oleh Guru Besar / Penolong Kanan Kokurikulum.
4.6.2       Ketua Guru Penasihat Permainan dan guru-guru lain yang terlibat membawa pelajar perlu mengisi borang kebenaran / kelulusan Guru Besar /PK Pentadbiran/PK Kokurikulum untuk menggunakan kenderaan sendiri bagi  tujuan membawa murid ke tempat pertandingan.
4.6.3       Kadar tuntutan perbelanjaan kenderaan dibuat mengikut keadaan kewangan tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
4.6.4       Segala tuntutan perbelanjaan hendaklah dibuat kepada Pengetua melalui PK Kokurikulum / Setiausaha Sukan tidak lewat dari 2 minggu selepas tarikh pertandingan dengan mengisi borang “Tuntutan Perbelanjaan Aktiviti Kokurikulum” dengan menyertakan semua dokumen yang perlu (surat kejohanan, resit-resit dan borang).


4.7          PERUNTUKAN MAKAN / MINUM
4.7.1      Pihak sekolah hanya menyediakan peruntukan minuman pada hari-hari pertandingan adalah berdasarkan kepada kadar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu:
a.         Tidak melebihi RM 3.50 seorang bagi kejohanan selama ½ hari.
b.         Tidak melebihi RM 4.50 seorang sehari jika kejohanan selama 1 hari.

4.8          RAWATAN KECEDERAAN
4.8.1      Guru-guru permainan/rumah sukan hendaklah membawa murid-murid yang tercedera ke hospital, jika ianya serius dengan secepat mungkin.
4.8.2       Rawatan kecederaan ringan dan kemudahan “First-Aid” boleh didapati di Bilik Guru. Murid-murid hanya dapat menggunakan kemudahan ini di bawah pengawasan guru.


4.9          PENGGUNAAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN SUKAN
4.9.1      Guru-guru permainan dan guru-guru sukan hendaklah sentiasa berada bersama-sama murid bagi mengawasi penggunaan kemudahan dan peralatan sukan.
4.9.2      Segala kerosakkan atau kehilangan peralatan semasa digunakan hendaklah dilaporkan kepada Setiausaha Sukan / Ketua Panitia PJPK / Setiausaha Kokurikulum atau PK Kokurikulum.
4.9.3     Ketua Guru Penasihat Permainan/Guru Sukan hendaklah memastikan peminjaman dan pemulangan alatan sukan dibuat dengan teratur dan sempurna dengan mengisi Buku Rekod Pinjaman Alatan Sukan yang telah disediakan.

4.10       REKOD PENGLIBATAN MURID
4.10.1     Ketua Guru Penasihat Permainan/Guru Sukan hendaklah membuat laporan mengenai aktiviti dari semasa ke semasa. Laporan ini akan dikutip dan disemak oleh Penyelaras Sukan / Setiausaha Sukan pada bila-bila masa sahaja.
4.10.2     Rekod penglibatan murid di semua peringkat sama ada mewakili pasukan rumah, sekolah, MSS Daerah, MSS Negeri atau MSSM hendaklah dilaporkan kepada Setiausaha Sukan/ Penolong Kanan Kokurikulum untuk direkodkan.

No comments:

Post a Comment