- Pendaftaran
dan Orientasi Tahun 1
Pendaftaran dan orentasi tahun 1 ini dijalankan
sehari awal sesi persekolahan bermula.
Murid-murid diberikan pendedahan awal
tentang sekolah,peraturan disiplin dan kawasan persekitaran sekolah bagi
membiasakan mereka dengan suasana persekolahan yang baru.
- Kursus
Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan
ciri-ciri kepimpinan dan motivasi kepada pengawas, ketua dan penolong ketua
kelas. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan ciri-ciri dan nilai
kepimpinan dalam kalangan mereka bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas
dengan baik seperti yang diamanahkan.
- Watikah
Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Sekolah juga menjalankan perlantikan pengawas,
ketua darjah dan penolong ketua darjah pada awal tahun sesi persekolahan pada
setiap tahun. Perlantikan ini bagi memberikan perlantikan secara rasmi murid-murid
yang telah dipilih menjawat jawatan-jawatan tersebut.
- Program Guru Penyayang
Program guru penyayang akan diadakan sekurang-kurangnya empat kali
dalam setahun, iaitu sekali dalam semester pertama dan tiga kali dalam semester kedua, ianya
bertujuan untuk memberi penghargaan dan mengalu-alukan kehadiran murid ke
sekolah supaya murid merasa dihargai semasa disekolah.
- Sambutan Hari Guru
Sambutan diadakan pada 16 Mei setiap tahun yang bertujuan memberi
penghargaan kepada guru-guru selain memberi peluang kepada murid-murid
mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar mereka.
- Latihan Kebakaran
Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun,
iaitu sekali pada semester pertama dan sekali pada semester kedua. Pihak
sekolah juga memanggil Jabatan Bomba berhampiran untuk memberikan ceramah
keselamatan dan teknik-teknik memadam api dengan betul.
- Sambutan Bulan Kemerdekaan
Pihak sekolah menjalankan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan
bermula pada 1 Ogos hingga 16 September setiap tahun. Selain itu, pelbagai
aktiviti dijalankan sepanjang sambutan dijalankan seperti perasmian pengibaran
Jalur Gemilang, Sambutan 31 Ogos, Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan. Selain
itu, acara-acara lain yang turut dijalankan adalah seperti nyanyian lagu patriotik,
pertandingan hiasan kelas bertemakan kemerdekaan, pertandingan melukis poster
dan pelbagai lagi.
- Program
Imunisasi Murid Tahun 1 dan 6
Program Iminusasi HPV Murid Tahun 6 diberikan
kepada pelajar perempuan sahaja dan
Suntikan Pelalian Tetanus untuk murid Tahun 1 pada pertengahan Tahun. Kedua-dua
Imunisasi ini diberi oleh klinik kesihatan yang berhampiran iaitu Klinik Kesihatan Kiulu .
- Rawatan Pergigian
Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran
dan pihak sekolah telah menyediakan satu bilik khas untuk jururawat berkenaan
memberikan rawatannya. Rawatan ini diberikan sekali dalam setahun.
- Pertandingan Kebersihan Kelas
Pertandingan kebersihan
kelas dijalankan sepanjang tahun. Kebersihan dinilai oleh pihak
pentadbir dan kelas yang terbaik diberikan
satu piala pusingan.
- Program Motivasi
Program
Motivasii dijalankan kalangan murid-murid Tahun 6 dan 5. Pelbagai aktiviti
berbentuk
motivasi dan ilmiah diberikan kepada murid-murid tersebut.
- Sesi
Bimbingan
Sekolah mempunyai seorang
guru bimbingan. Guru
bimbingan tersebut banyak
menjalankan program bimbingan bagi membantu
murid-murid terutama murid-murid
yang
bermasalah. Selain secara berkelompok, sesi bimbingan
individu juga dijalankan.
- PROGRAM
KESEDARAN ALAM SEKITAR
Program kesedaran alam
sekitar akan diadakan oleh pihak sekolah. Progran ini diadakan
adalah bertujuan untuk
menanamkan sikap cinta akan alam sekitar dan sikap
bertangguangjawab terhadap
kebersihan alam sekitar.
- Program Ceramah Keselamatan
Pihak
sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak polis bagi
menjamin
keselamatan murid-murid sekolah terjaga. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti
ceramah
keselamatan dan pameran-pameran dijalankan bagi memberikan pendedahan
kepada
murid-murid tentang keselamatan diri masing-masing.
- Program bersama Klinik Kesihatan
Kiulu/Tuaran
Program
ini dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti
pemeriksaan
kesihatan, ceramah kesihatan, bantuan kecemasan dan pelbagai lagi
dijalankan
bagi memastikan murid-murid tahu cara menjaga kesihatan agar sentiasa
sihat.
No comments:
Post a Comment