PENDAHULUAN
Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen
terhadap prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta
ketrampilan mereka. Atas dasar inilah,
matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan, keselamatan
dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti
sehingga mampu memberi sumbangan kepada bangsa, agama dan negara.
Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung
kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan
komitmen murid-muridnya.
Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan
melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan oleh Bahagian HEM untuk
mempastikan matlamat sekolah tercapai. Kerjasama yang erat antara semua guru
dan murid mampu merealisasikan wawasan sekolah ini.
MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID
- Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid
supaya murid
berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan
dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan
kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.
OBJEKTIF
- Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas
Pengurusan Hal Ehwal Murid.
- Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang
dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah.
- Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah
dan berketrampilan.
No comments:
Post a Comment