Wednesday 7 January 2015

LATAR BELAKANG SK MALANGANG BARU

Sekolah Kebangsaan Malangang Baru yang terletak kira-kira 8 km dari Pekan Tamparuli dibina sekitar tahun 1983. Nama asal sekolah ini ialah Native Volentary School/Sekolah Sukarela Rakyat (N.V.S). Ketika itu bangunan sekolah dibina daripada kayu-kayu bulat, berdindingkan bambu yang dibelah-belah, beratapkan rumbia dan berlantaikan tanah.  Bangkunya menggunakan kayu bulat, manakala mejanya menggunakan papan panjang sahaja. Pada awal pembukaan sekolah ini, ia hanya mempunyai 60 orang murid sahaja yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan tenaga pengajar hanya seorang guru sahaja iaitu En. Rolland Gamar yang juga merupakan Guru Besar yang pertama di sekolah ini.

Sekitar tahun 1970an, sekolah ini telah dipindahkan ke kawasan baru iaitu tapak sekolah ini sekarang, terletak bersempadan dengan kampung Malangang Lama, kira-kira 1 km dari bangunan sekolah lama. Bangunan sekolah baru ini mempunyai 2 blok bangunan yang diperbuat daripada papan, dan juga mempunyai 2 unit rumah guru. Sekolah ini juga mempunyai kemudahan bekalan seperti bekalan elektrik, telefon dan juga air. Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada penduduk kampung berhampiran iaitu Kg. Malangang Baru, Kg. Malangang Lama, Kg.Tombung, Kg. Ponohuon, Kg. Tompinahaton dan Kg. Namadan.

Memadangkan lokasi sekolah terletak di Kampung Malangang Baru Kiulu maka secara rasminnya nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Malangang Baru Tuaran berkuatkuasa pada 8 Jun 1978 dengan perasmian bangunan sekolah oleh Yang Berhormat Toh Puan Hajjah Rahimah Stephen, Menteri Kebajikan Masyarakat dan perpaduan Negara. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 2006-2010) sebuah blok Prasekolah dan Makmal Komputer telah dibina sebagai tambahan kepada dua blok bangunan sekolah sedia ada.

No comments:

Post a Comment